Thursday 16 June 2011

Pembelajaran di tingkatan enam rendah (2011)

     Kini,kami merupakan pelajar tingkatan 6 atau pun lebih dikenali sebagai PRA-U1 di MGSKL.Tingkatan 6 merupakan salah satu jalan yang baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Selain daripada politeknik dan universiti,menjadi pelajar Pra-U bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Hali ini kerana,taraf STPM adalah A-level berbanding Universiti.Namun,kita haruslah sedar bahawa setiap perkara yang kita lakukan pasti ada perkara yang harus kita hadapi untuk mencapai kejayaan untuk masa hadapan.Bak kata pepatah,bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.
     Malangnya,ramai yang beranggapan bahawa melangkah ke tingkatan 6 merupakan jalan yang salah dan susah untuk ditempuh.Jika difikirkan dari sudut pandangan positif,semua perkara dalam kehidupan manusia pasti ada cabarannya yang tersendiri.Oleh itu,kita perlu berani untuk menghadapi cabaran di alam Pra-U ini supaya kehidupan kita kelak terjamin.
     Tingkatan 6 juga merupakan jalan yang baik untuk diambil.Jika hendak dibangdingkan dengan politeknik atau universiti,ianya memakan masa yang agak lama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.Pentingnya ialah para pelajar perlu mempunyai semangat diri,keyakinan diri yang tinggi dan kuat berusaha suapay kejayaan menjadi milik kita.Kami berharap pada masa akan datang,tingkatan 6 akan menjadi pilihan adik-adik yang masih berada di tingkatan 5.

No comments:

Post a Comment