Wednesday 15 June 2011

Majlis Perpisahan Tingkatan 5 (2010) MGSKL

  Perpisahan bukanlah suatu perkara yang kami inginkan setelah 5 tahun belajar bersama-sama,bergelak ketawa,berkongsi masalah dan didalam kelas yang sama selama 2 tahun.Namun,kami tahu harinya akan menjelang jua.
     Majlis perpisahan tingkatan 5 MGSKL yang diadakan pada tahun 2010 agak menggembirakan hati kami dan guru-guru.Sebelum bermulanya majlis perpisahan,kami semua berkumpul di dewan.Kemudian,penyelaras tingkatan 6 iaitu Pn Roslina Abu memberikan serba sedikit keterangan tentang tingkatan 6 dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang membantu kami kerana telah memberikan maklumat yang sangat berguna.Selepas keterangan diberikan,kami yang menduduki peperiksaan SPM bersalaman dengan guru dan memohon maaf diatas sikap dan kata-kata yang pernah menyakiti hati guru.Para guru memberikan keberkatan dan mendoakan kejayaan kami semua.
     Acara yang sangat ditunggukan oleh setiap pelajar tingkatan 5 ialah jamuan.Guru-guru merupakan tetamu khas kami dan pelbagai gelagat rakan yang kami perhatikan.Ada yang bergambar bersama guru kesayangan,ada juga yang berkaraoke dan ada juga yang kreatif dengan menulis nama mereka di permukaan belon.Juadah pula dibawa oleh setiap pelajar,ini menunjukkan kerjasama antara pelajar tingkatan 5.Ada yang membawa minuman dan ada juga yang membawa makanan.
     Berakhirnya jamuan,kami telah mengadakan aktiviti menukar hadiah dengan rakan yang lain.Pelbagai hadiah menarik yang kami perolehi.Ada juga hadiah dari guru-guru kami.

Bersama guru-guru MGSKL :
   


Bersama rakan-rakan :


1)Menulis nama di permukaan belon :
    


2)Berkaraoke :


3)Acara tukar hadiah :
  

Guru-guru sebagai tetamu khas :


  


1 comment: