Thursday 16 June 2011

ARKIB UTUSAN MALAYSIA

ARKIB : 03/06/2011
Rakyat Malaysia bimbang inflasi, kenaikan harga barang
KUALA LUMPUR 2 Jun - Rakyat Malaysia mempunyai kebimbangan mengenai inflasi dan potensi kenaikan harga barangan dan rasa khuatir yang sama turut dirasai di pasaran di Asia Pasifik yang lain seperti Vietnam, China dan New Zealand.

Tinjauan Indeks Keyakinan Pengguna Global yang dilakukan oleh The Nielsen Company mendapati, kekerapan laporan berhubung bencana alam telah meningkatkan rasa takut terhadap kekurangan makanan.

Dalam tinjauan itu, sebanyak 12 peratus responden turut melahirkan kebimbangan mengenai kenaikan harga barangan. 

Hasil analisis menunjukkan jualan bagi kategori barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan mengalami pertumbuhan positif pada suku pertama 2011, sama seperti tahun lalu.

Perbelanjaan swasta juga menunjukkan trend menaik disebabkan pertumbuhan pendapatan berterusan.

''Prestasi semasa itu telah ditunjukkan dalam pertumbuhan ekonomi pada suku pertama tahun ini,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 34 peratus responden memberitahu, 12 bulan akan datang merupakan masa terbaik bagi mereka untuk membeli barangan yang diperlukan

No comments:

Post a Comment