Thursday, 16 June 2011

APA ITU INFLASI?

     Pada umumnya inflasi bermakna kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga umum.Harga umum 
bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka arnat sulit untuk mendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan.
Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras harga urnum meningkat secara berterusan dalarn satu-satu tempoh tertentu sahaja. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga akibat musim kernarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini hanya berlaku sekali sahaja.

Pembelajaran di tingkatan enam rendah (2011)

     Kini,kami merupakan pelajar tingkatan 6 atau pun lebih dikenali sebagai PRA-U1 di MGSKL.Tingkatan 6 merupakan salah satu jalan yang baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Selain daripada politeknik dan universiti,menjadi pelajar Pra-U bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Hali ini kerana,taraf STPM adalah A-level berbanding Universiti.Namun,kita haruslah sedar bahawa setiap perkara yang kita lakukan pasti ada perkara yang harus kita hadapi untuk mencapai kejayaan untuk masa hadapan.Bak kata pepatah,bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.
     Malangnya,ramai yang beranggapan bahawa melangkah ke tingkatan 6 merupakan jalan yang salah dan susah untuk ditempuh.Jika difikirkan dari sudut pandangan positif,semua perkara dalam kehidupan manusia pasti ada cabarannya yang tersendiri.Oleh itu,kita perlu berani untuk menghadapi cabaran di alam Pra-U ini supaya kehidupan kita kelak terjamin.
     Tingkatan 6 juga merupakan jalan yang baik untuk diambil.Jika hendak dibangdingkan dengan politeknik atau universiti,ianya memakan masa yang agak lama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.Pentingnya ialah para pelajar perlu mempunyai semangat diri,keyakinan diri yang tinggi dan kuat berusaha suapay kejayaan menjadi milik kita.Kami berharap pada masa akan datang,tingkatan 6 akan menjadi pilihan adik-adik yang masih berada di tingkatan 5.

Wednesday, 15 June 2011

Majlis Perpisahan Tingkatan 5 (2010) MGSKL

  Perpisahan bukanlah suatu perkara yang kami inginkan setelah 5 tahun belajar bersama-sama,bergelak ketawa,berkongsi masalah dan didalam kelas yang sama selama 2 tahun.Namun,kami tahu harinya akan menjelang jua.
     Majlis perpisahan tingkatan 5 MGSKL yang diadakan pada tahun 2010 agak menggembirakan hati kami dan guru-guru.Sebelum bermulanya majlis perpisahan,kami semua berkumpul di dewan.Kemudian,penyelaras tingkatan 6 iaitu Pn Roslina Abu memberikan serba sedikit keterangan tentang tingkatan 6 dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang membantu kami kerana telah memberikan maklumat yang sangat berguna.Selepas keterangan diberikan,kami yang menduduki peperiksaan SPM bersalaman dengan guru dan memohon maaf diatas sikap dan kata-kata yang pernah menyakiti hati guru.Para guru memberikan keberkatan dan mendoakan kejayaan kami semua.
     Acara yang sangat ditunggukan oleh setiap pelajar tingkatan 5 ialah jamuan.Guru-guru merupakan tetamu khas kami dan pelbagai gelagat rakan yang kami perhatikan.Ada yang bergambar bersama guru kesayangan,ada juga yang berkaraoke dan ada juga yang kreatif dengan menulis nama mereka di permukaan belon.Juadah pula dibawa oleh setiap pelajar,ini menunjukkan kerjasama antara pelajar tingkatan 5.Ada yang membawa minuman dan ada juga yang membawa makanan.
     Berakhirnya jamuan,kami telah mengadakan aktiviti menukar hadiah dengan rakan yang lain.Pelbagai hadiah menarik yang kami perolehi.Ada juga hadiah dari guru-guru kami.

Bersama guru-guru MGSKL :
   


Bersama rakan-rakan :


1)Menulis nama di permukaan belon :
    


2)Berkaraoke :


3)Acara tukar hadiah :
  

Guru-guru sebagai tetamu khas :